1. EachPod

Doa Khatam Quran

Author
Office of Mufti Singapore | Pejabat Mufti Singapura
Published
Tue 19 Apr 2022
Episode Link
https://podcasters.spotify.com/pod/show/r6918/episodes/Doa-Khatam-Quran-e33r3ik

Send us a text

Bacaan Doa Khatam Quran sempena Nuzul Quran oleh Ust Dr Nazirudin Nasir, Mufti Singapura


اللَّهُمَّ ارْحَمْنِا بِاْلقُرْآن، وَاجْعَلْهُ لنا إِمَامًا وَنُوْرًا وَهُدًى وَرَحْمَة
Ya Allah berkatilah kami dengan Al-Quran. 
Jadikanlah ia pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

اللَّهُمَّ ذَكِّرْنا مِنْهُ مَا نُسِّيْنا وَعَلِّمْنِا مِنْهُمَا جَهِلْنا وَارْزُقْنِا تِلاَوَتَهُ آنَاءَ الْلَيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَار وَاجْعَلْهُ لنا حُجَّةً يَا رَبَّ اْلعَالَمْيِنَ

Ya Allah ingatkanlah kami apa yang terlupa, ajarkanlah kami apa
tak diketahui, mudahkanlah kami membacanya 
siang dan malam, jadikanlah ia hujjah (saksi) kami, wahai Tuhan sekalian alam. 

اللَّهـُمَّ اجْعَلَ الْقُرْآنَ العَظِيمَ رَبِيعَ قُلُوبِنا وَنُورَ صُدُورِنَا وَجَلاَءَ أَحْزَانِنَا 
Ya Allah jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penawar duka kami.

اللَّهـُمَّ اجْعَلْ القُرْآنَ حُجّةً لَنَا وَلاَ تَجْعَلْهُ حُجّةً عَلَيْنَا
Ya Allah jadikanlahAl-Quran sebagai ia hujjah (saksi) kami bukanlah hujjah (saksi) ke atas diri kami.

اللَّهـُمَّ ارْزُقْنَا بِكُلِّ حَرْفٍ مِنَ القُرْآنِ حَلاَوَةً وَبِكُلِّ كَلِمَةٍ كَرَامَةً وَبِكُلِّ أَيَةٍ سَعَادَةً وَبِكُلِّ سُورَةٍ سَلاَمَةً وَبِكُلِّ جُزْءٍ جَزَاءًا
Ya Allah berikanlaj kami kemanisan dari setiap huruf Al-Quran, dan setiap perkataan kemuliaan, dan setiap ayat kebahagiaan, dan setiap surah keselamatan dan setiap juzuk ganjaran


اللَّهـُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ القُرْآنِ وَاجْعَلْنَا مِنْ حَمَلَةِ القُرْآنِ وَاجْعَلْنَا مِنَ المُشَفَّعِينَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِالْقُرْآنِ
Ya Allah jadikanlah kami dari ahli Al-Quran.
Dan jadikanlah kami yang berpegang pada Al-Quran dan jadikanlah ia syafaat bagi kami pada hari kiamat

‎وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وِسَلَّم

Share to: